Startup K-Drama Review

You are currently viewing Startup K-Drama Review

Dah terlambat untuk aku buat review pasal siri nih. Ini adalah drama korea kedua aku tonton selepas “World of Marriage Couple” yang viral Ramadan lalu.

Belajar dari pengalaman, kali ni aku tunggu sampai lengkap semua episod baru aku tonton. Aku tak suka tertunggu-tunggu dan terfikir-fikir kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku pada episod akan datang. Nak buat apa pun tak boleh sebab tak dapat final answer.

Nah tu dia, bermula dari jam 8 pagi dan 12 pagi (lebih kurang) untuk aku maraton series nih

Cerita ni pasal dua adik-beradik yang duduk berasingan selepas mak ayah derang bercerai. Si akak pilih duduk dengan mak dan si adik pilih duduk dengan ayah. Perjalanan hidup kedua adik beradik ni berbeza dimana si akak hidup senang lenang sebab ayah tiri dia kayos, duduk dan belajar kat US, manakala si adik agak struggle selepas kematian ayah dia yang baru je berjaya dapatkan investment untuk bisnes baru dia.

Nak dijadikan cerita, lepas 15 tahun, kedua adik beradik ni berjumpa semula masa si akak (in-jae) kasi lecture speech kat Sandbox. Sandbox ni kira macam support system utk mereka yang baru nak setup company. Tapi nak masuk sandbox ni bersyarat. Kalau kat malaysia kira macam Magic, Teraju gitoh. Si adik (dal-mi) bila tengok kakak dia success, rasa tercabar. Dan si kakak pulak bila tengok si adik macam tu lagila menambah minyak kat bara api bila in-jae cakap kat dal-mi yang pilihan dia utk tinggal dengan ibu dia adalah pilihan yang paling bijak dan tepat as compared dal-mi. Kemudian dalam cerita ni of course kena selit sekali bab cintan cintun, love letter la bagai, tapi yang tu aku malas nak highlight, the key point kat sini, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, sama ada jalan highway ke jalan kampung ke or jalan berlubang-lubang, korang boleh tengok the rest kat Nextflix,

Kenapa aku rasa terinspired bila tengok Startup ialah ko akan belajar segala term dalam business secara tak langsung. Kemudian kan ko akan rasa teruja nak buat SaaS, hahahahhahaha

Leave a Reply