Queen of Tears

You are currently viewing Queen of Tears

Queen of Tears baru sahaja melabuhkan tirai Ahad lalu di Netflix. Pengakhiran yang manis dan paling disenangi oleh viewer, aku rasa. Ada pengajaran yang boleh kita ambil dari siri Korea yang ni

Ceritera

Secara dasarnya, cerita ini mengenai sepasang suami isteri yang hidup dalam dunia korporat. Si isteri (Hae-in) telah berkahwin dengan Hyun-woo which is taraf kehidupan derang ni berbeza macam langit dan bumi. Si suami cuba bertahan dalam arus kehidupan keluarga Hae-in yang lebih mementingkan harta, pangkat dan diri sendiri. Cuba bayangkan mak si Hae-in ni boleh je nak saman-menyaman si Hae-in pasal isu tanah dan bangunan. Macam takleh berlebih kurang. Sampai satu tahap, si Hyun-woo ni tak tahan kemudian plan nak bercerai dengan Hae-in. Nak dijadikan supaya episod ni panjang, masa Hyun-woo nak kasi dokumen cerai kat isteri dia tu kan, masa tulah si Hae-in kata kat laki dia yang dia ada tumor otak yang doktor ckp boleh hidup 3 bulan je lagi. Bila si Hyun-woo dengar macam tu, tak jadilah dia nak bercerai, dia macam antara nak suka atau nak sedih, suka sebab dia dapat berpisah secara “natural”, sedih sebab deep in his heart dia sebenarnya sangat sayang kat Hae-in. Tapi disebabkan family Hae-in yang macam tu buat dia rasa palat betul hidup dia.

Along those episodes tu ada la ups and downs si Hae-in as CEO Queens dan family dia. Dengan nak bertarung dengan sakitnya lagi. Since brain tumor dia tu one of the kind, (kat sarikata nama dia sitoma cloud brain cancer), so chances dia nak pulih tu agak rendah. Aku try jugak google sitoma ni tapi rasanya banyak sumber kat Tiktok yang refer it as Cloud Cytoma. Antara nak percaya atau tak je. Tapi anggaplah tu cuma penyakit ciptaan pengarah je >_<. Tapi kalau korang nak dig jugak macam aku boleh refer kat sini http://myhealth.moh.gov.my/en/brain-tumor-2/. Apart yang dia sakit tu, adalah gf atuk dia dan anak dia komplot nak ambil alih Queen. Korang boleh tengok sendiri kat Neflix macam mana si gf dia punya plan nak dekat berpuluh tahun nak rampas harta si Queens ni,

Siri ni buat aku ternanti-nanti what’s next. Sebab ko takleh predict apa akan jadi, sama ada Hae-in mati, Hyun-woo mati etc sebab walau tinggal lagi satu episod je nak tamat pun ko nervous sama ada Hae-in akan ingat balik ke Hyun-woo atau tak. (Kesan sampingan dari buat pembedahan kapla, Hae-in akan hilang ingatan), Tapi aku suka ayat Hae-in yang nih:

Mungkin hubungan kita retak kerana hal yang remeh-temeh. Kita terkasar bahasa dan terlanjur kata kerana terlalu ego. Ia menimbulkan salah faham. Daripada ketuk pintu bilik awak, mungkin lebih mudah duduk dalam bilik saya dan membenci awak

Hae-in

In real life pun, selalu kita gaduh pun pasal hal yang remeh temeh, benda yang simple jadi susah, jadi complicated. We tends to ignore and let our ego wins. We make too much assumptions yang ntah apa-apa. Yelah sebab sepanjang episod ni pun masing-masing membaca kepala otak masing-masing. Cakap tak mau, tak nak mengalah pulak tu. Kiranya cerita Queen of Tears ni byk jugak elemen kekeluargaan walau ada nampak skit merepeknya. Yang penting, untuk satu hubungan untuk terus berjaya, memang kena sabar, salah seorang mesti sabar, macam Hyun-woo ni penyabar betul orangnya.

Rate: 8.5/10

Leave a Reply