Salam, post kali ni aku nak share salah satu buku yang aku rasa terkesan dalam hidup aku.
“Hidup Sekali, Bermakna Lalu Mati”, hasil karangan Ahmad Rifai’I Rif’An
Jujur pada mulanya aku tak tertarik langsung nak beli buku ini kala bertemu kali pertama di Pustaka Rakyat.
“Mesti sama je isi macam buku lain”.
Aku ambil, selak dan kuletakkan semula.
Selang 2 hari kemudian, aku ke kedai buku picisan. Sambil hantar salinan tesis untuk dibinding, tengok- tengok keliling, mana tau kot-kot nak sangkut beli buku ke.
Sekali lagi, aku nampak buku ni macam melambai-lambai je kat aku. Aku ambil sekali lagi, aku selak lagi, hmmm.. beli jelah sebab harganya bukan mahal cuma RM22.00 je.
Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian 1: Hidup Sekali
Bahagian 2: Bermakna
Bahagian 3: Lalu Mati
Penulis berjaya mengolah kehidupan kita sebagai manusia, daripada lahir kita merupakan satu anugerah. Kita adalah unik. Kita adalah khalifah, WAKIL TUHAN di bumi. Wakil tau,wakil. Dan hidup ni singkat je. Sangat singkat. Contoh terdekat, aku rasa cuti seminggu tu macam baru semalam je aku cuti >__
Oh ya, aku suka buku ini sebab antara helaian dari satu muka surat ke muka surat lain, ada kata-kata hikmah, dan sangat kena dengan aku saat aku tengah down.
Ingat tiada kejayaan datang dengan percuma. Ada harga untuk sebuah kejayaan. Ingat tu Na!. Dan hidup kita adalah bergantung kepada kemahuan kita. Apa yang kita mahu? Kadang-kadang manusia lupa bahawa potensi diri dia lebih hebat berbanding malaikat. Sebab itu Allah memerintahkan malaikat untuk bersujud kepada Nabi Adam. Ya, aku pun lupa. Terima kasih mengingatkan….
Buku ni jugak sangat menggalakkan kita untuk berani untuk menulis. Penulis takda cerita teknik pantas menulis ke apa ke, just sesimple, tulis apa yang kita rasa. Dan yang buat aku tersentak adalah menulis adalah salah satu cara kita meninggalkan warisan yang tidak lekang dek masa. Sebagai alat untuk dinilai sebagai jariah masa kita kat alam kubur nanti. Insyallah.
Penuh contoh-contoh, cerita yang real untuk aku berhenti dan merenung sekejap perjalanan hidup aku kat dunia ni. Betul rasa less sangat-sangat. Tak tahu apa aku buat kat dunia. Huhuhuhu.
Dan kalau korang nak tau korang ni worth atau tak, ada beberapa soalan yang kalau korang dapat jawab makanya betullah korang dalam landasan yang betul. Antara soalan maut ialah “Andai aku tiada, apa yang dikatakan oleh semua manusia di depan nisanku?”
Secara ringkasnya, kalau kita di dunia ni ada macam-macam seminar atau program tentang macam mana nak tarik rezekilah, macam mana nak hidup sukses la, kita juga kena tau macam mana untuk mati. Kita kena tau seni untuk mati. Semua orang takut mati. Aku pun takut mati. Sebabnya aku rasa aku tak punya banyak bekalan yang cukup untuk dunia sana.Tetapi tulah, dalam buku ni cakap jugak, kalau takut sebab amalannya kurang, so tambah amalan dari sekarang, jangan bertangguh untuk berbuat baik.Aku suka cara penulis mendefinasikan kematian. Dia kata Mati bukanlah penghujung kehidupan seseorang, kematian hanyalah awal satu perjalanan panjang kehidupan manusia.
Soalan-soalan seperti ini elok dijadikan muhasabah untuk diri yang bernama aku.
“Berapa jumlah usiamu? Bandingkan dengan berapa banyak jumlah karyamu?”
“Berapa banyak bajumu? Tudungmu? Bandingkan dengan berapa besar RASA malumu?”
“Berapa tinggi tahap pendidikanmu?” Bandingkan dengan berapa banyak ilmumu?”
“Berapa banyak ibadahmu? Bandingkan dengan berapa banyak maksiatmu”
Bandingkan sebelum Allah membandingkan di Yaumul Mizan.
So aku suggest korang gi lah dapatkan buku ni, bukan mahal pun kalau nak banding dengan buku mat salleh kat luar tu, RM22 je. Penerbit dia Al-Hidayah
Boleh jugak dapatkan online kat Hidayah Online
Terima kasih publisher terbit buku yang berkualiti macam ni.