Trip Japan–5 Tips Ringkas

You are currently viewing Trip Japan–5 Tips Ringkas

Hi!

Lepas 2 minggu balik dari Jepun, entry pertama Travel ke Jepun ni merupakan  tips peribadi saya yang ingin saya kongsikan.


My tips untuk mereka yang pertama kali ke Jepun dan tidak mahir membaca map macam saya.

1. Beli JRPASS, berbaloi-baloi. Bayangkan kalau tak beli JRPASS, tambang keretapi dari airport ke Ube sahaja dah mencecah RM600 lebih untuk seorang, JRPass kalau convert ke RM dalam lebih kurang RM600 lebih tapi boleh naik unlimited JR train. TAPI, tolong jaga betul-betul JRPass ni, sebab once hilang tak boleh reissue.


2. Dapatkan portable wifi once u sampai ke airport kansai. Kami ambil unlimited data for 7 days (anggaran RM200)

Sebabnya kalau ada wifi ni senang nak mengoogle map.

Saya memang rely SEPENUHNYA pada google map untuk ke mana- mana destinasi sepanjang kami ke Jepun. Alhamdullilah, so far info masa perjalanan train dan arah adalah tepat.

Google map ni bolehla pakai kat Jepun, tapi kalau hang nak pakai kat Malaysia,yang lebih kurang accurate bila hang letak mode car, cuba hang letak bas ka, train ka, jalan kaki ka, hahhahaha, haruuu….(direction lokasi aku ke jalan semarak, jalan kaki ambik masa 4 jam lebih, naik bas 8 jam ! ha ha ha)


3. Kalau ada bujet lebih, boleh install app “CamDictionary”, app ni boleh translate based pada gambar yang kita ambil. Berguna untuk saya time nak baca ingredients pada makanan dan jugak instructions pada pamplet etc.

4. “Google Translate” pun penting jugak, sebab rata-rata yang saya jumpa, english ke laut, so berbanggalah dengan bahasa ibunda ya.

5. Kalau travel ke Jepun musim nak habes autumn, banyak hari- harinya akan hujan, walaupun tidak lebat macam malaysia, tapi boleh tahan jugaklah, so pakailah kasut yang macam ala-ala dr martin tu, tapak but yang tebal so boleh berjalan dan berlari dengan selesanya.

okay, next entry will cerita details our bajet trip ke Japan ya! some snippet for preview

JRPASS

Tengah tunggu local train ke Ube, memang perfect time at google map direction

Terserempak ngan Far kat local train otw ke Ube

Alamak, buruknya pakai porch dalam baju!

Leave a Reply