#MengenangMH17

You are currently viewing #MengenangMH17

Maafkan aku
Maafkan aku kerana berperasaan begini
Maafkan aku kerana tidak seharusnya aku berasa cemburu denganmu
Cemburu dengan pengakhiran manismu

Senegara menangisi pemergianmu
Senegara mengirimkan doa dan alfatihah untukmu
Senegara memberikan penghormatan kepadamu
Dari Agong hingga ke rakyat biasa..

Aku?
Patutkah aku untuk tidak merasa cemburu?
Disaat ribuan manusia memyempurnakan solat terhadapmu
Sedang aku masih tidak pasti..

Ya Allah, jika engkau takdirkan aku mati, matikanlah aku dalam kesudahan yang baik, beriman kepadaMu dan beramal dengan Alquran. Ameen.

Semoga rohmu dicucuri rahmat

Leave a Reply