28 Disember 2021, Alhamdulilah merasa juga nak konvo, takut-takut kena lock down, tapi still la gambar akan jadi tak cantik sebab kena pakai mask huhuhuhu…. yang paling sedih gambar ambil skrol dengan Sultanah tak cantikkkkkkk huhuhuhu, angle apa semua lari, ntahlah, aku rasa amatur sangat-sangat la kelab fotografi UTM ni, tapi aku ada satu dua video diambil dari angle pensyarah yang duduk kat depan pentas tu, ahhahahha, sebenarnya Dr tu nak ambil video kawan dia kat belakang aku, so terselit lah aku sekali, bolehlaaaaaaa. Masa zaman master, arwah ayah datang, sebab masa tu ibu kat Oman, kali ni tak sempat ayah nak teman…so ibu datang teman pun dah alhamdulilah. First time la hire outdoor photographer, bolehla dari takde, sebagai pengubat luka gambar grad hancur dengan studio pun tak memberangsangkan hasilnya.
Kah Kah Kah, jadila, dapat dengar nama sendiri pun, apapun perjalanan 7 tahun dah tamat. Hmm. apa nak buat eh dengan sijil aku ni? Lecturing? Consulting? Peraming ?