7 tips Cara untuk Membuat Keputusan dengan Tenang & Tepat

You are currently viewing 7 tips Cara untuk Membuat Keputusan dengan Tenang & Tepat

Kenapa ada dikalangan kita yang susah nak buat keputusan even benda yang paling kecil?

Baru-baru ni, Amir ada call aku guna handphone cikgunya untuk tanya pendapat aku samada nak join Kem kepimpinan 5 hari atau tidak. Bukan itu je, daripada memilih warna tshirt, bingkai cermin mata pun masih tak yakin dengan pilihan sendiri.

Terfikir aku kenapa sampai jadi macam tu? Adakah aku terlalu mengongkong dia buat keputusan? or dia takut bila buat keputusan yang salah, takut di persalahkan..

So aku simpulkan ada 8 (maybe lebih) sebab kenapa Kita takut nak buat keputusan

8 Sebab Kenapa Takut Buat Keputusan

  • Takut nak buat salah

Hmm, ini betul, kita dari kecik, masuk sekolah, jawab periksa semua nak jawapan betul, kalau zaman aku kalau jawapan nak dekat2x dan mencapai maksud, cikgu adalah kasi markah, zaman sekarang, no-no-no, kena ikut skema jawapan, takde keyword takde markah – zero –

Kemudian ko akan digelakkan automatik kalau ko tersalah sebut perkataan ke, or sometime kena marah kaw-kaw kalau salah.

  • Banyak sangan Pilihan

Ini pun masalah. Kau jadi teruja sebab pilihan banyak sangat. Contoh mudah, kau nak cari parking kereta dalam mall, kau masuk dalam tu, banyak gila lot kosong. Ko pun meraban nak pilih parking yang mana, ha ha ha. Sama jugak contoh bila kau nak pilih tudung ka, sana cantik, sini lawa tapi bajet duit ko cuma boleh lepas 1 tudung je, hihi..Last-last tak beli.

  • Kurang Info/ Maklumat

Boleh menjadikan ko ragu-ragu nak buat decision. Ini betul. Kadang-kadang ko mengharapkan hanya satu sumber, iaitu orang yang suruh ko buat decision. contoh, “invest dalam bisnes ni masyuK, ko cuma dump RM10, untung RM100”. Kalau kau yang sejenis ada ilmu pasal scam, bisnes dan anything pasal investment, yes, ko akan buat decision untuk reject terus. Tapi kalau ko sejenis tak amik port langsung tapi nak kaya, for sure sumber utama ko ialah org yang tengah offer ko >_<

  • Emosi

Ya. Ini memainkan peranan ya gais. Contoh mudah masa ko nak buat spring cleaning masa tulah susah ko nak decide sama ada nak buang ke, nak simpan ke, akan ada macam-macam pergolakan besar dalam diri ko, “sentimental value” lah, “sayanglah nak buang” ni gf bagi, nenek bagi, ni jiran selang 10 buah rumah bagi, ni gift kawin anak jiran 10 km bagi dan macam-macamlah lagi. Contoh yang baru konvo, bunga graduation pun ko masih sayang nak buang walau tinggal hanya pembungkusnya je

  • Risiko Tinggi

Contoh kesan yang melibatkan hidup dan mati, or sama ada kesan dpt untung besar atau rugi besar

  •  Terlalu bimbang untuk membuat keputusan

 Setengah orang memang naturally susah nak buat keputusan sebab punya keyakinan diri yang sangat rendah

  • Trauma dari Pengalaman Lalu

  • Environment Sekeliling

 

7 Cara nak buat Keputusan yang Cepat

1. Goal yang Jelas

Kena tanya diri sendiri apa yang ko nak capai, apa objektif ko, kalau ko dah jelas dengan objektif ko, makanya akan senanglah nak buat keputusan

2. Kurangkan Pilihan

Kena ada cuma 3-5 pilihan je, banyak-banyak pilihan pun sudahnya buat ko penat nak fikir dan pilih dan last-last tak buat langsung

3. Peraturan 80/20 

Dia macam ni, cuba pastikan pilihan yang kita buat tu ada bagi kesan lebih 80% tak? Contoh, ko dapat offer kerja dari 2 big company, dua-dua company ni menepati objektif ko, cuma lepas ko compare, walaupun company B offer gaji yang labih tinggi, persekitaran tempat kerja yang jauh mungkin akan effect evaluation ko, macam tu,

4. Set Tempoh

Kena set limit masa utk ko buat decision, contoh, aku kena decide within 1 day. Kalau ko tak buat macam tu, hanging macam tu jela, kadang-kadang boleh over thinking kalau diri sendiri tak decide bila tempoh akhir ko nak buat decision

5. Dapatkan nasihat/ info

Yang ni penting kalau ko takde info atau clue langsung, tanya pendapat, tapi bukan untuk ko agree/ disagree

6. Percaya kata Hati

Kadang-kadang kena percaya gerak hati sendiri, kalau hati ko kuat nak buat decision A teruskan. Kan ada kan kita sendiri rasa macam tak sedap hati je kan, ha yang tu lah tu

7. Bersedia untuk Tukar Plan

Bila ko dah buat keputusan A dan along the way ko rasa macam nak hampeh, masa tu lah ko bersiap sedia tuk move into another plan,  masa ni ko perlu jadi fleksibel and again jangan salahkan diri ko sendiri, terima dan buat, jangan ko asyuk nak keluh kesah, benda boleh adjust kenapa nak rumitkan? InsyaAllah, Allah ada, kita ada Allah

Leave a Reply