Masak lemak telur paling mudah dan malas

Mula-mula ingat nak makan maggi je bila lunch, tapi macam tak best pulak, nak makan nasi dengan telur goreng tak kick pulak, so teringat nak buat lemak masak telur.

Aku gerenti ini masak lemak paling sempoi dan confirm orang yang malas masak macam aku suka. Hihi.

Mula-mula potong 4 bawang besar, ketuk bawang putih. Kemudian tumis, bila dah naik bau masukkan je sekotak santan dalam tu. Kacau kacau then masuk air sikit. Masukkan garam buluh dan rasa la kan.

The best thing about garam buluh, dia menyihatkan lauk aku, tak payah letak perasa lain, guna garam buluh je memang setel.

Kemudian masukkan telur, kalau aku, aku suka biarkan telur tu didih kejap je, sebab nakkan kuning telur tu pechah kat mulut, hihi, kalau nak pedas, campak je cili padi setakat mana korang nak. Tadaaa!!! Dah siap.

Buat masa tengah dokong anak pun boleh siap. (Jangan buat! Bahaya!)

Enjoy great beauty and health product here

Leave a Reply