Bengkel yang berlangsung selama 2 hari di Esset kwsp bangi bertujuan untuk memberi pendedahan pertama kepada para pensyarah tentang selok belok bidang penulisan.
Bengkel ini terbahagi kepada beberapa sesi dimana sesi yang pertama, para pensyarah diterangkan dengan lebih lanjut tentang jenis- jenis penerbitan, bagaimana sesuatu bahan penerbitan terhasil, terma- terma yang diguna pakai dalam penghasilan buku dll. Dalam bengkel ini juga ada latihan dimana para pensyarah dikehendaki untuk mempersembahkan tajuk buku yang hendak dihasilkan, prakata, isi kandungan, pendahuluan dan contoh bab bagi tajuk berkenaan. Aktiviti ini bagi aku sangat bermanfaat sebab boleh dapat komen secara langsung dari dr roosfa. Bukan senang nak dapat direct komen dari penulis ilmiah yang dah ada banyak pengalaman dan dah ada banyak buku. Tulis artikel macam makan kuaci je. Kalau aku, boleh botak kepala. The keyword here is you have to read a LOT of books!