Resipi Sup Tulang Kelantan

Ntah kenapa sejak PKP, husband aku banyak pulak beli sup tulang. Dia suruh aku buat sup tulang macam kat kelantan.

Rasa macam senang, macam main campak2x je, tapi kalau dah nama tak reti, mmg tak terbuat arr, nasib adut ada, so dia kasik cara nak buat sup tulang, mmg senang sangat pun.

Depends pada berapa besar dan byk ko punya tulang/daging, yang ni aku buat untuk makan 5 orang, seperiuk sederhana besar…

  • Sebesar ibu jari halia
  • Sebesar ibu jari lengkuas
  • 4/5 ulas bawang merah kecik, ko hiris
  • 3/4 ulas bawang putih, ko hiris
  • Sesudu biji ketumbar, ko tumbuk
  • 3-5 asam keping (depends, kalau nak rasa masam lebih letak lebih, tapi 3-5 tu dah cukup dah, kalau tak nnt rasa singgang asam pulak)
  • Lada kering selai (cukup syarat nak pedas), ikut aku, aku nak je potong 2-3 lada kering, biar pedas, tapi sbb laki dan anak2ku tak makan pedas, aku pendam jela hasrat…

Mula-mula ko rebus daging tulang tu semua, sebabkan aku xde noxxa, jenuh la jugak nak tunggu empuk, tapi #tips nak lembutkan cepat, mak mentua aku letak biji kurma

Lepas dah rasa air mendidih dan lembut sikit, ko campaklah semua bahan kat atas tu

Senang kan?

Letak la garam, jangan luruih sangat

Rasa sikit, jangan syok sendiri

Bila ko dah puas hati, hidang!!!! Nyum nyum

Nak lagi sedap, ko potong cili api, perghhhhh, terangkat!!


signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This function has been disabled for my360days .

Pin It on Pinterest