Resipi Daging Goreng Kunyit PKP

Ni orang malas masak macam aku pun boleh buat, korang apatah lagi, nak nak yang ada pressure cooker, untuk aku sebarang jenis daging ni agak renyah la nak tunggu lembut, berejam rejam just nak pastikan gigi aku tak tertanggal bila kunyah daging 😬

Cara2xnya:

  • Potong nipis nipis daging tu
  • Terus masuk dalam kuali, biar dia keluar air, goreng goreng goreng sampai nak kering sikit
  • Kemudian letakla air dan masak sampai daging nak lembut
  • Kemudian dah nak kering air tu ko terus masukkan sesudu penuh rempah kunyit (rempah kunyit ni bikin sendiri, campuran kunyit+halia skit+bawang skit+garam). Lama dah aku tak pakai serbuk kunyit, pakai yang ni je
  • Gaul gaul, goreng goreng skit kasik sebati barulah ko tuang minyak macam nak goreng
  • Masukkan sekali hirisan bawang holand dengan lada
  • Goreng goreng goreng sampai nampak sebati dah kunyit tu dan nampak kering

Kena dengan budu, boleh 2 bukit santubong nasi laki aku tambah 😉


signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This function has been disabled for my360days .

Pin It on Pinterest