Resipi Masak Asam Pedas Ayam

Aku first time nak masak asam pedas. Ntah apa mimpi pun tak tau.

Aku banyak refer kak #yatiekitchen punya IG, so post ni utk aku kuatkan memori aku supaya everytime nak masak asam pedas, aku tak yah nak skrol banyak-banyak

Ya, aku pun tengah bikin #apps untuk aku guna sendiri, senang, lepas ni refer je kat apps aku, tak yah melilau kat google

So aku pun dah bosan baca tulisan aku meh aku listkan bahan2xnya. Bersediaaa?????

  • 7 bijik bawang merah
  • Kunyit besar ibu jari ko
  • 4 bawang putih
  • Belacan dalam 1 per 1/4. (Agak kalau ko ada resdung kurangkan skit)
  • Cili kering 35 tangkai
  • 10 ekor ikan bilis

1. Ko blend semua bahan2x kat atas tu.

2. Ko tumis sampai naik minyak, bukan naik syeikh

3. Bila minyak pun dah naik, ko tambah air skit-skit, kemudian ko tumis lagi, dah nak kering, letak air lagi sampailah dalam 4-5 kali

4. Lagi banyak cycle ko tumis lagi sedap, kalau dah bosan, boleh masukkan ayam

5. Masukkan la jugak kiub ikan bilis

6. Masukkan la jugak secawan air asam jawa

7. Daun kesum, bendi jangan lupa masukkan. Takde derang lauk ni tak boleh panggil asam pedas

#tips: kalau nak lebih Sihat, ko gunalah Garam Buluh, mmg beza dari garam biasa, sihat pun insyallah lebih sihat, nak tau boleh wasap je aku kat sini


signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This function has been disabled for my360days .

Pin It on Pinterest