Resipi Sardin Masak Lemak Kari

Salam uols!

Hari ni saya nak share resipi instant waktu tengahari tadi. Mulanya dah nak gerak dah ke opis, ding dong ding dong, tetiba teringat internet opis slow agak cipan jugak. So work from home je la. Lapa tak ingat. Dengan barang mentah belum beli, barang runcit pun halus-halus je tinggal.

Ko cuma ada sardin dan sekotak santan. Nak makan sardin je macam tak menarik. Ha, moh kita buat sardin campur lemak.

1. Memula, panaskan minyak, sikit je sebenarnya, saya terbubuh banyak ;P

2. Tumis bawang merah 3 biji, bawang putih 2 biji

3. Kemudian, masukkan sardin

4. Bubuhla Garam Buluh Hai-O, saya suka pakai garam ni, makan  sihat.

5. Dah tu, masukkan sekotak kecik  santan, saya suka pakai jenama M&S

6. Kemudian , masukkan sesudu rempah kari. baru rasa kick

7. Gaul-gaul, kalau rasa nak thrill, campak cili api

8. Dah SIap! Tengok, saya dengan keadaan nak keluar rumah tu. konon nak gi opis, tapi tak jadi

Jadi Wafi pun makan dengan gembiranya… Senangkan? Tak sampai setengah jam dah siap. Malas jugak tak tau laaaaaaaa….

IMG_20170328_112000IMG_20170328_112023IMG_20170328_112129IMG_20170328_112050IMG_20170328_112216IMG_20170328_112454IMG_20170328_112702IMG_20170328_113340

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge