Waktu Bukan Waklu dan Marah Yang Merah

(Perkongsian dari KH Abdullah Gymnasiar dan Puan Diyana Tahir)

Waktu terbahagi 3:

1. Waktu lalu

2. Waktu kini

3. Waktu akan datang

Sekiranya kita kesal dengan waktu yang lalu, atau kita banyak sangat buat dosa, keywordnya adalah

  • Taubat kepada Allah
  • Pikul akibat yang kita dah buat pada masa lalu
  • Anggap itu adalah kifarah dosa yang kita lakukan daripada kita nak tanggung dosa itu di akhirat kelak.

Insyallah bila dah taubat, CONFIRM ketenangan yang kita dapat.

Ustaz ada cakap, kita terlalu risaukan masa akan datang, padahal kita lupa masa akan datang adalah dalam genggaman Allah dan mesti YAKIN Allah akan berikan yang TERBAIK.

Ustaz pesan kalau kita cemas, takut or uncentain dengan masa akan datang, kita perlu amal pada masa ini. Setiap hari kita kena cari ilmu dan tanya diri sendiri berapa banyak ilmu yang kita belajar hari ini untuk lebih dekat dengan Allah

Pelajari dari surah Al-Asr ~ Waktu adalah untuk kita menambah ilmu dan jugak amal, dan juga berpesan-pesan ke arah kebaikan iaitu dakwah, Ustaz kata tak semestinya kita berdakwah dengan cara ustaz berdakwah, Ustaz kata sebenarnya memperbaiki diri sendiri juga dakwah, orang yang gigih meperbaiki dirinya, bak kata Ustaz mesti mempunyai nikmat untuk menerima nasihat. Sabar dan terus sabar dalam mencari ilmu, beramal dan berdakwah

Dalam bersabar, aku dapat tips daripada Puan Diyana Tahir, cara untuk handle marah bila kena kritik what so ever. Insyallah boleh try. Pn Diyana kata kalau kita rasa marah, cuba rasa marah itu datang dari mana, adakah bila kita rasa marah, dada berdebar-debar? (ini aku), muka merah? (bukan aku), so rasakan energy marah tu kat mana then tarik nafas perlahan-lahan. Sebelum ni orang kata kalau marah, tarik nafas dalam-dalam tapi aku tak sure ada explaination on that. Puan Diyana kata, energy marah adalah something yang kita tak boleh throw away, kita kena salurkan ke tempat lain. sebab itu, dia pesan kalau marah jangan tumpu pada thought, fikir yang orang tu nak cari salah kita, blaming ourselves, no!, tumpu pada fizikal, kat mana source marah tu datang. then tarik nafas dalam-dalam. Fikir positif atas apa yang dia komen or kritik. Sebab kritikan atau komen yang dilontarkan merupakan “Blind spot” kita sendiri. Yang ini kita sering terlepas pandang. Puan Diyana kata dia bayar hampir 1000-2000RM hanya untuk dia dapat tau kat mana blind spot dia sendiri, tetapi dia kata orang yang kritik or komen kita, free! so take it positively to improve yourself. Bila aku relate dengan pesan Ustaz, YES, belajar untuk menerima nasihat supaya kita bisa menasihat orang lain.

2015-11-25 09.14.36-1

Nice Japanese latte.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge