Simple macaron cabonara?

Salam semua mommies yg hebaK!

Hari ni aku share masakan dikala ko tengah lapa giler tapi malas nak keluar rumah dan tekak dah loya makan meggi. 🙂

First, korang kena ada cheese. Ala, cheese biasa yang tepek kat roti tu, bawang putih, cili api and baby macaron.

So, method dia mudah sahaja! Rebus baby macaron dalam periuk, masuk sikit minyak kat dalam air tu biar dia tak melekat dan senang nak basuh periuk tu nanti. Sementara itu, kopek bawang putih dan PAP PAP PAP bawang putih tu, HAA senang kerja kan, then hiris cili api tu nipis-nipis. Kemudian goreng bawang putih dan cili tu sampai nampak sikit garing.

Bila macaron tu dah empuk, terus tos dan letak terus cheese atas tu, gaul-gaul dan letak sekali bahan yang dah goreng tadi. Nak rasa sedap sikit, tambah la garam, aku suka pakai garam buluh, rasa lemak sikit.

Sambil gaul tu, dah la tengah lapa, tengok cheese meleleh kat dalam macaron tu, mak aih, dengan cili api lagi, pergh, dengan bau bawang putih garing, memang layan. Tapi tu aku la, korang aku tak tau, buahahahahhaa. Tapi worthla nak try, kalau tak menjadi pun tak ralat, sebab masa aku prepare semua ni tak sampai setengah jam pun, sebab aku sempat la nak nyidai kain masa tengah merebus tu, hihi.

IMG_8554.JPG

-xoxo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge