#Timeline 2014

Hi. Sekejap je dah tahun 2015. Belum terlambat lagi nak recap moments sepanjang tahun 2014 as a struggling mother, student and dreamer :p

Mula-mula sekali start dari bulan Januari, bulan pertama Amir start sekolah derejah 1. Macam-macam benda aku duk pikir, “boleh ke?”, “survive ke?” etc etc. Tapi at the end of the day, aku dah dapat jawapannya bila Amir balik dengan baju sekolah rupa belacan, kasut dan stokin rupa budu.

Februari 2014- Masa ni tengah sarat mengandungkan Wafi. Sempat attend Seminar Darwish Darwisya, diorang tunjuk cara nak ajar anak mudah hafal al-quran dan cara ajar anak baca al-quran, (2 different program). Kalau interested boleh terus ke islamicparentingnetwork.com.

Bulan ni jugak, dah prepare segala persiapan sambut baby, bulan ni jugaklah aku agak aktip ke sana-sini, sarapan kat tepi tasek putrajaya dan jugak gi kat zoo negara sebab dah janji dengan amir.

March 2014- Yeay! birthday aku!, of course hadiah paling best ialah wafi :), lepas dah 7 tahun kawin, aku pun dah terbiasa duwe tak wish aku. But this year aku suka sebab aku dapat kek! Sedap redvelvet dari elly, ikut standard sirim aku, siap datang umah lagi hanto kek, tenkiu elly! Member aku ni mmg terror buat kek, buat kek dari hati punya, korang boleh follow ig dia, icakes_homemade.

Bulan ni jugak aku launch online shop aku thebellemonzal.com. Alhamdullilah, setakat ni sales dari online shop ada hasil.

Thebellemonzal.com

Thebellemonzal.com

 

April 2014- Perjalanan jauh pertama Wafi balik ke kelantan untuk aqiqah. Agak restless jugak wafi dalam kereta. Balik kali ni lama sikit, lebih seminggu rasanya. Dan selamat 2 ekor kambing di qiqahkan. Alhamdullilah. At this age, wafi dah boleh dah gelak-gelak, senyum senyum bila di agah. Rasanya wafi ni ada banyak sungguh karakters

May 2015- Aku buatkan Amir kad untuk teacher dia sempena Hari Guru. Kasi kad dan coklat. Boleh laa. This month jugak agak mencabar untuk Wafi. Dari umur Wafi 3 bulan, tahap kesihatan Wafi bolehlah aku scale 6/10. Umur 3 bulan dia teruk kena batuk dan selsema, dah dapat chicken pox dan dalam sebulan boleh kata 3-4 kali ke klinik untuk neb dan kerap jugak jumpa dr asmuni kat kpj kajang. Until now Wafi masih tak hilang batuk and kahak. So untuk wafi memang kena prepare medical card siap-siap. Event paling aku tunggu of course Pesta Buku Antarabangsa kat pwtc, memang best dapat spent dengan voucher buku :p. Kali ni aku banyak beli buku related to my phd dan jugak for my kids, islamic books. Dan this month jugak aku invest for softskill aku dengan enroll pmp course. Insyallah nak jugak certified on 2015.

Jun 2015- Kereta kanchil legend aku accident, tu la, banyak sangat pk, total aku iyakan je sebab mmg mistake aku. 🙁 . Bulan yang sama, aku try untuk pitch my phd projek kat Superb Teraju. From nearly 1200 lebih online application, 600 lebih dipanggil untuk pusingan pertama untuk pitch. Aku berjaya sampai semi final je. Boleh tahan jugak yang masuk semi final pun dah 100 orang. But yang aku suka is aku dapat chance masuk bootcamp for almost 3 days. At least aku tau how to pitch, aku tau macam mana nak selongkar niche product aku and at least aku tau how far aku boleh gi ngan projek ni

 

Jul- Aug 2014- Tahun ni beraya Wafi kat kelantan :). Then, kitaorang gi Johor Bahru umah cik ngah. Makan-makan steamboat kat Kaptain Steamboat, best buat family gathering kat situ, tempat cosy, food pun ok. Alang- alang dah kat JB, duwe kata nak singgah Spore. Travel naik bus je, nasib baik tak bawak Wafi. Ikut hati nak bawak je, tapi fooh, tak bawak Wafi pun jalan kaki je dah semput, duk diri kat bus je pun setengah jam nak lepas kastam. Destinasi ke Plaza Mustafa, orang kata jam murah kat situ ;). Then the next day, aku and family gi UTM, imbaula konon kenangan blajar kat situ. Amir dan Amirah la yang excitednya.

Sept- Oct 2014- Semester baru bermula! Berkobar tak? ( :0 ) . Berkesempatan untuk attend workshop AI in Matlab. Untuk aku yang takde fundamental in AI rasa berbaloi sangat attend workshop ni, sebab aku tak puas nak pahamkan jurnal, text book, nak buat assumption sendiri bala bagai, so better dapat depth understanding about this. Yang buat bersemangat nak continue the phd journey is that, ada dikalangan peserta workshop dah bergelar Dr. dah. Even our trainer pun tak sampai 30 kot dah Dr. Really great knowledge sharing. On cuti Deepavali pulak, aku attend seminar Dr.OT, ngan elly. “Tulis tesis cepat”. Dr. OT ajar cara carik journal dengan cepat guna mendeley, macam mana kita boleh structure dan tulis kita punya tesis dengan Word dan tips nak grad cepat. Seminar ada hands on, so memang dpt on the dot. Cuma tempat pack sikit, maybe tak expect crowd datang seramai ni, nasib datang awal. Sempat gaks bergambar ngan amik autograf Dr OT ( ngeee)

Bulan september, sambut birthday Amirah ramai ramai kat kampung Johor.

Seminar Dr. oT yang ohsem

 

Nov- Disember 2014. Rasanya yang paling best ialah bila dapat gi australia. Release mental block, chance to structure balik strategi untuk 2015, first time Wafi go abroad. And aku dengan ini salute Duwe sebab itenary yang sangat best within almost low budget. Dalam sakit-sakit Wafi, kat sana tak de pulak batuk kahak bagai, Amir pulak yang demam sehari. So, ni just gambar snippet, if ada masa senggang or tengah stress nnt aku update blog pasal trip ke oz dengan kos yang paling murah 😉

Ingatkan nak tulis banyak lagi pasal trip ni, tapi aku rasa lama sangat takut basi pulak timeline aku. So just publish yang ni je dulu. So, sebenarnya takla susah kalau nak travel dengan baby, pakai premium beautiful and baby carrier kat mana mana boleh breastfeed, sambil jalan berlari pun boleh, (berlari?) Tapi memang best pakai premium beautiful waktu travel, kebetulan weather kat sana macam tak tentu, kadang kadang panas tetiba boleh drop sampai negatip, so bila pakai pb, dia macam adjust suhu badan. Kalau panas, rasa berangin je, kalau sejuk dia panaskan. Memang lag berbaloi pakai premium beautiful ni.

 

So what for 2015? Tunggguuuuuuuuu….

 

Xoxo

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge