Tips for fresh graduates

Sementara nak tunggu nasi masak, aku nak share some tips dari orang tua yang nak kata lama tak lamalah kerja, baru nak dekat 11 tahun.

Besar gaps antara zaman aku start kerja dengan zaman generasi Y (Y lah sangat) . Antara perbezaan ketara:

1. Cara apply kerja
Zaman aku, format resume yang nak dihantar very crucial. Bukan main cincai je. Jobstreet merupakan main platform untuk job seekers selain email cover letter untuk company.

Format nak apply job thru email pun boleh tahan nak pikir, susun ayat bagai. Sebab aku percaya, company akan buat first impression dari resume yang derang dapat, the way you really need the job thru application email dan pemilihan font untuk resume sometimes can potray your personality.

Zaman sekarang, freshies call je lecturer, hantar resume yang selai dua, email resume ke lecturer dengan harapan resume sendoh tu diforward ke company. Kemudian freshies tinggal followup je. Kalau apply job thru email, takda format, bahasa email macam bahasa email kat kenkawan. Kalau copy paste dari internet, memang total cnp, takde nak modified langsung. Ingat company tu duh ke?

2. Interview
Zaman aku 2 hari sebelum nak g interbiu, dah survey jalan ke company, dulu ada google maps but not so detail. Memang kena survey bare foot jugak. Then boleh estimate masa nak ke tempat tu. Masa tu method tanya orang tepi jalan lagi berkesan.

Zaman sekarang lagi mudah, ada macam-macam tools untuk navigate. Ada waze, google maps, gps bagai, foursquare la, kalau sesat, tanya je kat fb, ramai la yang comment, but still, si penemuduga jugak yang kena tunggu orang yang kena temuduga

3. Bekerja
Zaman aku dulu, waktu probation waktu yang paling kritikal. Ada yang 3 bulan, standard biasa 6 bulan. Masa tulah kita akan show the best, apa yang boleh kita belajar, belajar dan belajar, masuk kerja sepuluh minit lebih awal, balik kerja paling koman tunggu senior balik or at least lewat 15-30 minit. Kita siap tanya lagi ada tak task nak bagi, sebab masa tu kita nak gain sebanyak mungkin experiences and learning possibilities.

Bila diberi task, kita terima without merungut, tak kiralah task apa pun, kita cuba untuk kejar dateline, kita cuba buat sendiri, tanya mr google, kalau nak tanya senior, kita mesti dah sure steps yang kita buat or produce, kalau dapat task through email, kita cepat-cepat balas menunjukkan kita dah baca dan setuju untuk buat task tu. Kalau boleh nak siapkan jugak task tu walau kena kerja waktu cuti pun. Kalau dapat laptop masa tu sangat bertuah, walaupun bekas-bekas senior yang pakai dulu.

Zaman sekarang kalau kasi task macam-macam alasan keluar, tak boleh buat 2 kerja serentaklah, rumah jauh lah, susahlah nak datang tempat kerja, laptop lembablah. Yang peliknya masa interview semua kata boleh. Then kalau kasi task thru email, takda nak balas respon ke apa ke kan, secara professional punya ethics memang nampak rude, macam orang kasi salam tapi tak jawab salam. Kemudian kita pulak yang terhegeh tanya apa problems etc bila dah lepas or nak dekat dateline. Bila tanya barulah berkajang keluar cerita. Then paling best anggap diri dah hebat, dan pandai. Kita bila senyap for sure akan anggap no problem kan, so very the unreliable

4. Gaji
Zaman dulu, nak kata demand tak demand sebab masa tu objektif nak cari pengalaman, asalkan gaji tu reasonable, accept. Tapi soal kerja memang tak berkira

Zaman sekarang, tengok gaji dulu baru accept walau takda pengalaman sehabuk. Then berkira pasal kerja.

Hmmm, bukan semua generasi Y yang macam tu, hanya segelintir je pun. Even zaman aku pun perangai macam tu pun hado. So it is just a simple tips la untuk young, dedicated and professional workers, kalau rasa nak sustained lama dalam industry yang makin lama makin mencabar.

IMG_3203.JPG

Ps:/ Jadikan working life tu sentiasa sweet je macam dessert kat atas, sangat delicate dan sweet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge