Terung goreng cili api

Hari ni jom aku share masak terung goreng. Aku tak minat terung sebenarnya, tapi bila aku try lauk terung ni kat kedai, eh boleh try ni masak kat rumah, kena kat tekak gedik aku ni. So aku tengok ingredients lauk terung dan mula try cuba masak kat romah.

Mula-mula goreng ikan bilis sampai rangup, angkat dan letak tepi dulu.

Belah 4 bawang besar, ketuk bawang putih, potong serong cili api.

Potong terung serong-serong, tuang minyak sikit, tumis bawang besar, putih dan cili, agak dah naik bau, masuk terung, letak air sikit, golek-goleklah terung tu sampai masak. Jangan biar layu or lembik sangat terung tu, tak sedap.

Then perasa them dengan garam buluh hai-o, golek-golek lagi then bolehla tuang kat pinggan, kemudian tabur ikan bilis tadi kat atas terung tu. Dah siap. Aku punya lauk terung sedapla ikut tekak aku, korang aku tak tau, hihi

20140816-024837 pm-53317546.jpg

Jom masak cara sihat dengan tukar garam biasa ke garam buluh hai-o. Boleh didapati di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge