44 hari berpantang yang menggembirakan

Assalam! Hari ini lebih kurang 3 minggu dah saya dalam tempoh berpantang. Kelahiran kali ini agak adventure compared yang dulu-dulu. Sebab ini kali pertama saya bersalin di hospital keraajaan di selangor. Previous two, saya bersalin di johor, servis memang tip top sebab pengaruh mak kot kat hospital tu. Hihihihi, but this time around, memang real punya warganegara Malaysia yang nak dapatkan servis perkhidmatan hospital kat malaysia. Okay. Minggu ke 38, saya ke hospital serdang untuk buat checkup since sehari sebelum tu, doktor kata my baby teralih dari engage mode ke melintang mode. So, pagi tu bersungguh saya ke klinik pakar ibu anak. Bersilat nak cari parking, siap keluar hospital balik and go for breakfast sebelum berjuang semula untuk dapatkan parking. Akhirnya after 2 hours dapatlah parking kat 'alternative' parking yang berbukit-bukit. Tapi yang bestnya, bila sampai klinik, tak jumpa doktor pakar pun sebab doktor pakar sampaikan mesej ikut nurse kat kaunter minta direct terus ke dewan bersalin. Berdebar den. Jalan pelan-pelan dari klinik pakar kedewan bersalin sambil mintak en suami standby. Register semua. Then dah buat checkup bagai, lega bila doktor kata baby dah kembali ke jalan asal. Wah. Kuasa Allah. Teringat Dr Zuraidah ada kasi tips untuk biar dia pusing balik. Salah satunya dia kata, sujud kasik lama sikit. Sambil sujud takkan ko nak senyap je kan, doa-doalah moga baby kembali ke engage mode. Then kul 3 lebih selesai semua proses, dan next checkup is on the next following week.

But.. On 10-2, 4 days before my due date, pagi tu rasa macam nak buang air besar, tapi bila ke tandas tak keluar apa-apa, sempat la nak siapkan baju sekolah anak semua sebelum kekerapan nak ke buang air besar makin tinggi. Time tu dah memang suruh en suami standby. Saya dah berbatik dah time tu, wah la hai, bila tengok jam, mau rempuh jem sebab time tu hari isnin, pagi pulak tu. Masa amir dulu, lepas orang habis opis hour area 630pm, kat kampung, berapa kerat sangat umatnya kan? Masa amirah, sejam sebelum subuh, memang jalan tu ko boleh baring atas dia. Lepas hantar amirah ke tadika, en suami pun drive macam orang tak amik lesen la kan, habes signal, tangan keluar bagai , tapi biasalah, selagi tak naik ambulan or di escort oleh polis, jangan harap la kan pengguna jalan raya nak bagi can kan? So, itula part adventurenya. Dengan nak berlawan dengan rasa nak “pushnya”, dengan nak berperang dengan masa…but then, alhamdullilah, selamat sampai ke dewan bersalin dengan jayanya, dan dalam setengah jam, selamat sudah bersalin wafiuddin. Nurse buat precheck, kepala baby pun dah intact, pecah air ketuban pun atas katil otw ke bilik bersalin dan berpush-pushla lepas tu. Hihihi, sangatlah simple dan ringkas-ringkas je.Yang lama sebab nak menunggu masuk wad. Badan pun rasa macam dirty je. Nak segera freshkan badan. Ni kalau kat kampung, mesti mak dah mintak discharge cepat, masa amirah tu half day je kat wad. Hihihihi.

Rujukan resepi masa pantang

Kali ni, memang bertekad untuk botul-botul berpantang. Usia pun makin bertambah bukan berkurang, so banyaklah yang lompong sana sini kat badan. Terima kasih en suami sebab menjadi pakar pemakanan tak bertauliah. Dua minggu ni memang makan pun jenis yang rebus-rebus je, ikan bawal, ikan selar, bergilir-gilirlah tekak ni balun. Untuk sayur, lobak putih jadi my favourite dan milk booster terbaik dan efisien for me.

As i mentioned in previous post, awal-awal sudah tempah pakej urut humairah for 5 days, so decide untuk start urut on day 5 after bersalin, sebab badan masa tu rasa macam main hoki tapi tak buat warming up. Consume salindah after that, hilang rasa sakit-sakit urat dan lenguh-lenguh. At the hospital, sempat buat online shopping for milk booster, kali ni nak try mother's secret, try for 2 boxes. Now dah nak habis pun. Ermm, to compare between mother's secret and lobak putih, me choose lobak putih :), then maybe after this nak try pulak The Milk Story and will give review after that.

Untuk sesi berurut, i took pakej asiah which consist urut, mandi baby, bertungku, ada pil herba, berbekung dsb..tidak mahu komen lebih, cuma apa boleh saya suggest is kalau boleh services tu biar nampak macam professional. Tapi kita ni melayu memang selalu sangat be flexi kan? Saya before this pernah work on non-Malays tapi saya suka dengan cara or servis yang di offer. Kalau kata datang pagi, memang datang pagi, kalau offer 4 items, 4 items la yang dideliver, tidak kurang malah terlebih. Overal for that pakej, saya beri 5/10..rasa macam nak g urut sekali lagi..

I also ada mentioned pasal Tanamera kan? I really love scrub badan dia. Memang gebus dan licin je kulit after bath. Then bila minum teh dia campur madu..really refresh! Pilis dia pun best, rasa cool and mint, and relax je mata and kepala bila tepek pilis tu. Kalau dulu kena rebus segala daun bagai untuk buat mandian, tapi kali ni tak. Pakai uncang je tapi still effect dia sama, rasa fresh!

Untuk jamu, saya start makan maharani on day 4 sebab kena habeskan pil jamu yang tukang urut bagi. Setiap pagi satu bola (50 biji). Kalau nak tau apa benefitnya boleh rujuk sini. Saya juga dah start pakai bengkung on day 3, so takde masalah untuk tepek param atas perut tu, cuma lapikkan dengan kain je. Lagi kemas compare nak pakai yang belit-belit tu. And hari keenam, saya dah boleh pakai full set premium beautiful. Boleh refer sini untuk tau kelebihan berpantang guna premium beautiful.

Yang paling menggembirakan ialah baby Wafi tak kena kuning! Syukur sangat-sangat. Sebab both of us berdarah O, so tendency untuk baby terkena kuning memang tinggi. Amirah last time paling teruk kena kuning. Bila track back masa mengandung, saya amalkan minum susu kambing, mula-mula hi-goat then lepas tu try natalicious, sedap jugak rasanya. Tapi kena minum suam, kalau panas dia berketul-ketul. Saya jugak consume esp shaklee tapi stop sekejap since doktor kata berat baby dalam perut lebih beberapa kilo dari expected.

Minggu pertama berpantang agak huru-hara nak adjust masa sebab tengah nak tengok tune jadual Wafi breastfeed, amir and amirah dengan sekolah, tapi yang execute bukan me, en suami..hihihihi, sudahnya adalah sehari dua amir tak sekolah agama, kebetulan pulak amir demam sebab nak tumbuh gigi geraham, then follow dengan amirah pulak demam, memang disaster week tu. Kesian en suami. Macam lipas kudung. Dengan air takde lagi kan, hihihihihi, me rasa macam princess sebab focus hanya pada diri sendiri dan baby Wafi je. Nak tolong tak boleh, kena marah lagi ada. So boleh tolong tengok je la.

Tidur berselimutkan BV, memang lena

Masuk minggu dua, alhamdullilah, dah kembali bernafas normal. As my mom always say, urus diri sendiri dulu baru uruskan baby, so me pagi-pagi gi rebus air mandian then full breakfast. Memang ngam-ngam je habis breakfast, alarm Wafi pun dah bunyi. After susukan, bikin milk pumping pulak untuk simpan stok for Wafi. At anytime now dah memang ready for my sesi urut. My lunch dah diprepare awal-awal oleh en suami before dia ke kerja. Everyday stim ikan, rasa macam healthy sungguh makan, hahahahaha. Nasib baik diri ini tidak kemaruk minum ais, kalau tak tension jugak nak menahannya. So far memang balun air milo panas, air susu, air teh longan ngan air masak. Air berunsur caffein kala ini walaupun fanatik belum rasa nak minum lagi. Tengoklah lepas sebulan karang mesti kembali lagi 'rasa' itu. Saya jugak consume lactolite every morning before breakfast untuk elak sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Lactolite memang tidak pernah menghampakan. Boleh refer (sini) untuk tau benefits dia. Bab tidur memang no problem since pakai biovelocity bikin selimut, memang lena tidur tapi masih boleh sedar bila time Wafi menyusu. Yang paling best, kepala tak pening dan memang mata pun segar.

So target memang nak fully breasfeed Wafi and hope dapat 😉

Till now adioS!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge