:: survey-survey set lepas bersalin

 

Hari ini sudah masuk minggu ke 34 kehamilan. Sekejap je masa berlalu, Gather requirements pun tak habis-habis lagi, hahhahaha.

Apa pun belum prepare lagi, since ini adalah anak yang ketiga, kadang-kadang macam boleh terlupa banyak benda. Jarak Amirah dan baby lebih kurang 4 tahun, tapi feeling macam mula-mula dapat baby je.

Masa Amir, berpantang guna set Amway, apa yang best minyak herbal dia yang for baby tu. Rempah mandi mandi dia pun best jugak. Tapi yang buat menyesal ialah bila guna param and pilis dia, WaAAAAa.. nak menangis rasa bila dah gegata merata keluar dari badan, huhuhuhu, tak serasi gamaknya. For bengkung, masa tu pun guna amway punya. Kemudian gatal beli bengkung zipzap, senang pakai tapi gatal la pulak bila dah start berpeluh, so sempat pakai seminggu je tahan. Huhuhuhuh.

203189-dv-qv        untitled   untitled

Saya jugak consume salindah. So far ok la kot. Tak tau ok ke tak, tapi macam biasa je rasa. Hahhahha. Tapi yang nampak best pakai lotion yang kat ubat luka tu, cepat je keringnya.

Masa Amirah pulak, tak ingat pakai set apa. Rasa pakai salindah je kot, kemudian still beli amway for rempah-rempah mandi. param pilis tolak tepi a.k.a tak pakai pun.

For breastfeeding masa Amir beli milkmaid tea dari momlittleones. Tapi zaman Amirah, rasanya rebus lobak putih dah cukup buak- buak dah.

So kali ni punya pregnancy, since dah ada macam-macam produk post-natal, saya sangat-sangat tertarik nak try set tanamera post natal. Sebab utama, satu dia ada produk untuk sapu kat perut untuk reducekan strechmark kat perut. Sebelum ni pakai palmer butter oil tu tapi lagi gatal, guna bio-oil ok jugak tapi tak nampak sangat. Bila dah 2 tahun bersalin Amirah, baru jumpa bengkung premium beautiful, pakai bengkung tu and sapu bio-oil, barulah kesan hitam and parut ada berkurangan. Breast pun kurang bengkak bila pakai long bra dia tu, dan paling best dia punya girdle, kemas dan rahim pun terangkat cantik.

 

untitled       untitled 20130828-093713-PM-150x150

So, this time, perutku mengembang pesat dan jayanya, then nak try beli minyak kelapa dara. Macam-macam ada kat luar, ada yang dah dibaca 30 juzuk al-quran dll. Mula-mula tak expect tanamera ada virgin oil, sebab cuma nak cari herbal mandian je, sekali tengok ada daaa. Tengok pulak testimoni yang rata-rata puji virgin coconut oil tu, so kira blessed la kan.

So, hari ni, telah berjaya membeli tanamera post natal set kat www.tanamerapostnatal.com,currently, derang punya checkout page tak jalan, tapi boleh email direct ke depa, cepat je rensponse. Beli kat derang sebab derang punya page je boleh accept paypal payment, tapi bayar mahal  sikit la kot. Harga satu set biasa cuma RM360, saya amik extra virgin oil so kena dalam rm390, kalau guna paypal dalam 408.

So untuk preparation masa pantang nanti, saya memang plan untuk consume:

1.  Set lepas bersalin shaklee, (sebab saya memang fanatik vitamin!) plus Salindah (jarakkan sela 2 jam ye)

picture

2.  Tanamera Post Natal Set

untitled

3. Premium beautiful set (Tak sabar-sabar nak pakai, rindu wOOO)

20130828-093713-PM-150x150

Dan since saya berpantang kat KL je, so memang dah booking siap-siap bidan urut. Katanya sijil diiktiraf oleh KKM, hihihihi. Tengoklah nanti servis dia macam mana. Kalau OK saya recommend. Saya akan review and share  satu-satu produk and servis once masa dia dah tiba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *