Resepi untuk orang yang paling malas nak masak

Panjangnya tajuk blog kali ni, hari ni nak share resipi paling simple, senang dan yang paling malas untuk masak.

Resipi ni dapat kat adik, sebab sedap, simple dan memang sesuai untuk saya yang simple ni.

Ni kita panggil resepi spageti masak duh, hihihi

Senang je, rebus spageti sampai lembut, sambil-sambil tunggu tu, boleh kopek 2-3 ulas bawang putih, ketuk-ketuk, kemudian gi amik lada kering, basuh-basuh kemudian amik gunting, gunting-guntingkan dia.

Tos kan spageti, kemudian gi amik kuali dan bubuh olive oil, biarkan panas sikit minyak tu, then goreng bawang putih yang dah diketuk dengan lada kering tadi, lepas tu bubuh spageti, godek-godek, bubuh garam, seeloknya bubuh ar garam buluh, sedap sikit rasa dia, selamat lagi compare garam biasa

Dah goreng-goreng, siap untuk diangkat dan boleh da makan.

Simple kan?

20130702-024045 PM.jpg

Gambar atas tu saya letak cili api sebab lada kering takda, tapi lagi sedap lada kering.

Selamat mencuba!

Lepas ni bolehla cuci perut dengan lactolite pulak 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge