My new ‘toys’ ~ Luminez Skin Care

Saya memang agak particular bila nak beli new skin care. My skin actually takde masalah until masuk U, bila menggatal nak cuba beli skin care, mula-mula try ginvera since that, kulit naik jerawat, then cuba mustika, okay, ni kira beli skin care yang bajet ciput tahap student ar kan. Kemudian konon nak upgrade ke olay, tapi really tak serasi bila makin berminyak pulak kulit ni. Then masa time praktikal, rasa nak mencuba memang tebal la kan. Saya try pulak bml, time tu memang takde kesedaran tentang tahap keselamatan, hihihi, tengah pikir tahap nak kulit cantik je. Hasil memang superb, habis putih kulit saya, hahahahaha, bleaching sungguh. Bila kementerian announce secara rasmi yan bml ada hidrokinon, memang totally stop. Beralih pulak kat produk OLynn, sumber rujukan masa tu mingguan wanita, hahahahaha, kan macam-macam jenis mak nenek iklan ada kat situ kan..harga OLynn lebih kurang Bml tapi kesan tak nampak sehabuk.. Sejak tu, memang agak frust jugak, kiranya sejak tu saya main blasah je beli skin care, bulan ni try safi, blan depan pulak netrogena dll sampailah saya jumpa luminez.

Mula-mula memang agak skeptikal la kan, ntah ok ke tak, tapi lepas 3 hari full guna set luminez, kulit muka very lembut. Saya paling suka pencuci muka dia, dalam bentuk form, dan yang best, bila lepas cuci, muka memang tak rasa tegang semacam, memang natural, fresh, dan memang rasa bersih. Kemudian toner dia pun sembur je kat muka, memang muka rasa rejuvenate je, memang best rasa tu tau, sejuk, chill dan rasa dipampered. Kebiasaan night cream yang pernah saya cuba, rasa 'berat' tapi yang luminex punya memang ringan, sama jugak bila saya apply sunblock siang luminez, really ringan, dan tak berminyak langsung.Eye gel luminez apply malam rasa macam letak timun kat mata, dan baru 3 hari pakai, lebam ka bawah mata dah makin kurang, insyaallah, saya akan menyahkan sembab bawah mata ni secepat yang mungkin, tapi saya nak make sure yang saya konsisten apply.

Hope this will be my last skin care yang saya beli. Selain dari tu, saya consume bbplus collagen since umur pun dan masuk 3 series. Dan actually banyak bantu my skin untuk recover semua parut-parut yang appeared akibat alah pada param time berpantang amir 6 years ago.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge