Tips for teaching your son how to read based on ITR formula

Aku ada seorang anak lelaki, now umur dia 5 tahun, tahun depan dah 6 tahun. Of course at this stage, sangat cuak sebab my Amir still tak tau nak baca, nak tau sebutan pun tak tau. But after a few days lately, i found the easiest method to teach him and alhamdulillah, it works on my son!

At first, masa umur Amir 4 tahun,sangat beria-ia nak cari the best playschool at the same time belajar sikit-sikit baca ke, tulis ke, at least kenal huruf and nombor pun ok. Then survey punya survey,i decided hantar Amir ke CIC kat bandar tun hussein onn, the silibus is ok but cuma dia town house, part tu boleh letak ke tepi. On my part dah lega sebab me myself running 2 jobs at the same time, so maybe boleh jimat sikit masa nak ajar anak (which is WRONG!) masa kat rumah. Then after a year at CIC, amir masih tak tau baca BUT dia boleh kenal HURUF and a little of SEBUTAN,yang best Amir dah boleh hafal doa-doa, solat dan selawat. Masa ni taklah cuak sangat pun sebab alah, baru 4 tahun, ada lagi setahun (suara nak sedapkan hati). Then dalam pada-pada rileks-rileks ayam, masa kerja kat KUIS, ada la sorang mamat ketuk-ketuk pintu bilik nak jual satu sistem pembelajaran yang interaktif, grolier punya sistem, hihihi, ambil dengan harapan yang mengunung boleh buat sessi pembelajaran kat rumah, so bayarlah bulan-bulan kat mamat grolier ni.

Tapi, harapan yang menggunung tu tinggal jadi busut bila grolier dah sampai. Amir pun kalau balik rumah, sibuk nak play dengan toys dia, aku pulak nak prepare makan malam, then after makan malam, of course memang kena tidurkan anak so that boleh buat kerja, kalau tak di tidurkan alamat sampai ke pagi la si Amir ni boleh temankan aku buat kerja. Pernah jugak try, tapi amat-amat sekejap tahap FOKUS si amir ni. Tersadailah buat sementara waktu Grolier kat rak.

Then, Amir jejak umur 5 tahun, kali ni hantar Amir kat tadika biasa je, kat Raudhah, murah, hihihih RM200 je, tapi ada semua. Kali ni aku ikut kata hubby, kalau ikut kata hati ingat nak try Amir kat little caliph, yang baru bukak kat btho tu, “macam tikus lab” pulak si Amir.Raudhah guna sistem Bacalah Anakku and Read Easy. After 6 month, aku try test Amir, tanya apa yang dia tau base pada bacalah anakku siri 1. Wow! hebat! dah tau dah, sangatlah bangga time tu, tapi bila me twist je, hancur! Rupanya dia menghapal, arghhH! Mulalah suara sang rimau keluar bila ajar Amir. Before this pernah jadi cikgu tuition, kalau anak orang lain sabar je ngajo, tapi kalau sampai anak sendiri memang tahap kesabaran sampai ke langit la dia duga. My husband pun startla membebel kat aku sebab sekali sekala je test or ajar anak, takda istiqamah, memangla result macam tu. hihihihihi. Sampailah nak ke hujung tahun, sekolah raudah buat konvokesyen last 2 weeks, amik report card semua, memang ar, prestasi menurun, then yang terbakar bila tengok anak-anak orang lain dah tau baca daahh, arghhhh! Tak boleh jadi nih!

Balik je, aku selongkar balik bacalah anakku, time tu hubby gi outstation, aku drill betul-betul si Amir, tunjuk huruf, dengarkan sebutan, beberapa kali kena ulang benda yang sama, tekak aku pun perit, tutup buku. Hmm, macam mana lagi nak buat biar eh at least amir tau sebutan-sebutan semua nih, huruf kenal, tapi bila gabung tak tau nak sebut. Esok harinya, masa santai-santai kat rumah, aku tanya amir “b a” ? Amir pulak tunggu jawapan aku. Cis. At that time, aku try train dia based pada sebutan dulu.

Dan HARI ini,Amir dapat sebut gabungan 2 huruf dari huruf B-H (sebab baru ajar H mlm tadi). Then aku suruh amir ambil balik buku bacalah anakku dan mintak dia baca, Wallah, sudah boleh baca dua suku kata, sangat-sangat happy!

So, apa yang boleh diconcludekan for those yang ada same challenge like me ialah:

1. Cuba tengok cara dia NAK belajar, in my case Amir cepat hilang fokus, so tak boleh terlalu lama ajar dia base pada buku (melihat).

2. Kalau jenis anak uols yang senang nak hafal doa, macam kes Amir, dia cukup senang hafal doa, so FOKUS ajar SEBUTAN dulu, biar dia dengar dulu, then mintak dia ulang. Tapi kalau anak tu cepat tangkap bila dia MELIHAT, tunjuk je flash card.

3. Ulang sebutan yang sama setiap kali, as for me, asal teringat je, tanya Amir, tak semestinya kena ada waktu formal, waktu uols tengah tengok TV pun boleh ajar. Kalau yang jenis MELIHAt, boleh tunjuk at any object then mintak dia eja.

“Identify-Teach-Repeat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *