Latiff Ibrahim meninggal dunia

 Innalilahiwainnailahirojiun, salam takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah Latiff Ibrahim. Beliau disahkan meninggal dunia petang tadi di hospital akibat serangan sakit jantung dan akan dikebumikan di tanah perkuburan keramat.

Antara banyak-banyak artis veteran, aku suka dengan latiff ibrahim, arwah ada bukak cafe di bangunan annex, telekom malaysia nun, kerap juga bertembung muka time nak bayar food, senyum sokmo,bila tengok latif ibrahim memang automatik aku teringat ayah aku, dan memang kalau terserempak pun,akan call ayah time tu jugak,arwah sama baya dengan ayah,so berita kematian latiff ibrahim ni membuatkan aku sentiasa berdoa agar Allah panjangkan usia ayah aku, banyak hutang budi yang masih belum dibalas. Kadang-kadang buat aku diam kejap dan terdetik kat hati, adakah aku dah bersedia? Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang baik dan berterusan untuk kedua ibu bapaku, ya Allah….

 

 


signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This function has been disabled for my360days .

Pin It on Pinterest