Petikan Metro Ahad hari ini: Risiko kanser barah

KUALA LUMPUR: “Saya bersedia menghadapinya. Kalau tak kuat, saya tak akan ke hospital untuk melakukan imbasan dan seterusnya menjalani pembedahan.

“Walaupun tahu risiko yang bakal dihadapi sangat tinggi, saya harus tabah demi orang yang disayang iaitu suami dan anak serta keluarga,” kata ibu pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kanda, 35, selepas dimaklum menghidap barah payudara tahap keempat yang dikategorikan berisiko tinggi dan membahayakan nyawa.

Keputusan itu dimaklumkan kepada pasangan Aisah dan Rosli Abdul Rahim, 40, oleh pakar perubatan Hospital Putrajaya pada Khamis lalu, selepas disahkan menghidap barah berkenaan, awal Januari tahun ini.

Ibu lima cahaya mata itu mengakui terkejut dengan keputusan pemeriksaan yang dilakukan awal Ramadan lalu, namun reda dengan ujian diberikan Tuhan kepadanya.

“Kalau sebelum ini saya bimbangkan kebajikan anak, kini saya perlu menghadapi risiko ini demi masa depan mereka biarpun rawatan yang bakal dijalani mengambil masa lama iaitu enam sesi rawatan.

“Saya tidak menjangka turut jadi mangsa penyakit ini kerana pada pandangan saya, ibu yang menyusukan anak tidak berisiko mengalami barah pembunuh wanita ini.

“Ternyata saya tidak terkecuali menerima musibah ini. Ia ketentuan Tuhan yang memerlukan saya tabah menerimanya,” katanya.

Ketika ditemui di kediamannya di Puchong, dekat sini, Aisah dan Rosli baru mendapat perkhabaran daripada doktor bahawa sel barah yang menyerang Aisah adalah agresif dan hanya mengambil masa lapan bulan untuk mencapai tahap keempat.

Dalam tempoh 11 hari selepas keputusan dikeluarkan, Aisah akan menjalani rawatan kimoterapi dan x-ray terlebih dulu bagi mengesan sama ada sel barah merebak ke organ lain atau bersifat pasif.

“Pemeriksaan x-ray dan kimoterapi akan dilakukan bagi mengenal pasti keaktifan sel barah dalam tubuh, dikhuatiri merebak ke jantung, hati dan buah pinggang.

“Selepas rawatan itu, saya akan berjumpa doktor semula pada 6 September untuk mengetahui keputusan sama ada perlu dibedah atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, selepas berita mengenai mereka sekeluarga dipaparkan di akhbar ini pada 21 Ogos lalu, ramai saudara terdekat terkejut dengan penderitaan dialaminya.

Malah, ada yang melahirkan kekesalan terlewat mengetahui status barah Aisah.

Menurut anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini, kebanyakan ahli keluarga dan jirannya tahu dia menghidap barah payudara, namun tidak menyangka ia bertambah kritikal berikutan tidak pernah menunjukkan kesedihan atas apa kepedihan yang menimpa dirinya.

Di sebalik kesulitan dialami, Aisah bersyukur atas sikap prihatin keluarga, jiran serta rakyat Malaysia yang sanggup bersusah payah untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk ubat-ubatan untuk dirinya, keperluan lampin pakai buang dan beg najis buat anaknya Muhammad.

Selain rakan terdekat dan pembaca menghulurkan sumbangan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan permohonan berbentuk sumbangan kewangan bagi tujuan rawatan sebanyak RM500 sebulan bermula Ogos lalu hingga Disember 2011.

Rosli turut melahirkan rasa terharu atas sikap prihatin LZS dan beberapa pihak lain yang menghulurkan wang berbentuk zakat fitrah bagi meringankan bebannya sekeluarga.

Sementara itu, ketika ditanya perkembangan terbaru kesihatan isterinya, Rosli hanya berserah kepada Tuhan atas dugaan diberi Allah kepadanya dan bermohon diberi kekuatan fizikal serta mental untuk terus tabah.

Menyedari penderitaan dialami isteri, dia sentiasa di sisi Aisah untuk memberi semangat dan menceriakan isteri dengan jenakanya.

Walaupun tahu risiko penyakit itu tinggi, dia sentiasa berfikiran positif.

Semua wanita terdedah kepada risiko kanser. Cegah ia dengan konsisten memakai premium beautiful!!!! Kita hanya berusaha, hanya Allah yang tentukan

Call for free consultation! The rebate is still on!!! Claim your RM 150 rebate for every purchase of premium beautiful set!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *