:: Bangsa Melayu = Bangsa Hasad?

Majalah Solusi Isu 32 bulan ni mengupas pasal “Bahana Hasad”. Ada satu section “Jln Keluar” by Ustaz Baei Jaafar menyentuh tentang penyakit hasad yang menjadi hijab kemajuan insan

Bila direnung2 artikel itu, yes, mmg betul,kebanyakkan bisnesman/bisneswoman tak ramai dikalangan bangsa kita, in fact goverment dah byk  kasik kemudahan dsb. tapi, bukan dalam bisnes je pun, hampir semua bidanglah. WHY?

Malaysia mmg bumi yang sangat bertuah, sampai byk pendatang asing yang tumpang cari rezeki kat sini. Dulu, pakistani datang mesia jual karpet naik beskal, sekarang dah bukak gudang karpet kat mesia, dulu indon kerjer sini as buruh, la ni dah boleh bukak gerai/ kedai, tengok je kat chow kit, nmpk tak?, sikit2 derang upgrade diri masing2, tapi kita, kita yang duduk kat sini, selesa, sangat selesa dengan apa yang kita ada sekarang. kadang2 kita tak terfikir apa yang akan jadi akan datang.

Dalam artikel itu pn ada mempersoalkan adakah melayu belum bangun dari tidur yang nyenyak? adakah melayu mmg sinonim dengan hasad dengki?

Baru orang tu nak bukak mulut pasal nak berbisnes, dah dicantasnya dengan macam2 ‘nasihat’ yang tak benar. Kita boleh terima nasihat, tapi kita kena tengok jugak orang yg beri nasihat, adakah dia benar2 layak kasi nasihat? atau adakah dia orang yang berjaya? kadang2 kita tak perasan yang kita sering mendengar nasihat yang SALAH!

Nabi Muhammad SAW  bersabda “Ingatlah bahawa setiap nikmat ALLAH S.W.T ada musuhnya”. Baginda ditanya “Siapakah musuh itu ya Rasullulah?”. Baginda menjawab “Musuh tersebut ialah mereka yang dengki terhadap nikmat kurniaan Allah yang diberikan kepada manusia lain” (Riwayat al-Tabarani)

So, kita kenalah bersikap positif. Cuba dulu. Dah cuba baru kita tau, tak cuba, kita tak tahu. Jangan biarkan orang lain merampas impian yang kita lakarkan untuk diri kita sendiri.

Rezeki adalah untuk mereka yang berusaha. Fikir-fikirkan, dan selamat beramal! Smile with tongue out

Selamat Jumaat!


signature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This function has been disabled for my360days .

Pin It on Pinterest