"kiamat sudah dekat"

Mlm td penulis layan cerita Indon (cerita sudah lama, tapi baru berkesempatan tengok), starting a bit slow but then in the middle you’ll find message behind the story.
Ceritanya simple, lelaki yang nak tackle perempuan. Lelaki yang macam mana? Seorang pemuzik rock yang lahirnya sebagai Islam dan tempat lahirnya di Amerika tetapi tidak dibesarkan dengan ajaran agama Islam.Perempuannya pulak seorang gadis yang bertudung litup dan kuat ajaran Islamnya dan mempunyai seorang ayah yg ckup tegas dalam memilih bakal menantunya.
Bermula dengan insiden kasut dicuri di masjid, Fandy terpegun dengan kejelitaan Sarah semasa mengejar Sapron (anak kecil yang cukup meminati Fandy sebagai pemuzik rock terkenal sehingga sanggup mencuri kasut Fandy semasa Fandy sedang membasuh muka di tempat wudhuk masjid yang mana mukanya comot akibat dilempar aiskerim secara tidak sengaja oleh seorang budak perempuan ditepi jalan).
Susulan daripada kejadian itu, Fandy ingin mengenali dengan lebih dekat Sarah tetapi bapa Sarah yang cukup menjaga Sarah serta sifat dan sikap Sarah sendiri yang cukup berpegang teguh kepada Islam membuatkan segalanya sukar bagi Fandy. Namun cinta pandang pertama Fandy tidak berakhir disitu sahaja apabila dia bertekad untuk memenuhi semua syarat yang diletakkan oleh bapa Sarah kepadanya. Pada masa yang sama bapa Sarah ingin menjodohkan Sarah dengan Farid, pelajar tahun akhir pengajian Islam di Cairo. Dalam memenuhi segala syarat tersebut, Fandy banyak dibantu oleh Sapron. Disinilah kita dapat lihat betapa kesungguhan Fandy dalam mengejar cinta Sarah terserlah. Syarat pertama yang ditetapkan oleh bapa Sarah ialah solat. Dalam tempoh 2 minggu, Fandy mesti sudah boleh mendirikan solat dihadapannya. Perubahan Fandy disedari oleh kaum keluarganya yang agak sinikal dengan perubahan positif Fandy. Namun Fandy bijak mengaburi mata ahli keluarganya malah mampu mengajak mereka untuk berfikir tentang ajaran Islam yang tidak diamalkan. Gaya bersahaja Fandy yang mengatakan sebab dia berubah adalah kerana “kiamat sudah dekat” sudah cukup mengesankan. Ayat yang sama digunakan dihadapan rakan- rakan rockersnya tatkala kaset bacaan sembahyang (yang dirakamkan oleh Fandy dan Sapron menjadi ‘penyanyinya’) secara tidak sengaja tertukar dengan kaset demo mereka. Tamat tempoh 2 minggu, bapa Sarah sekali lagi menguji Fandy agar dia mampu membaca ayat suci Al-Quran dalam masa lagi 2 minggu. Sekali lagi Fandy teruja dan secara tidak langsung Sapron dilantik untuk menjadi ‘guru’nya. Ilmu itu tidak mengira usia asalkan kita sanggup untuk mempelajarinya dengan bersungguh- sungguh. Daripada merangkak membaca alif ba ta, akhirnya Fandy berjaya membaca satu surah dihadapan Haji Razali (bapa Sarah), namun syarat itu masih belum mampu mencairkan Haji Razali untuk menerima Fandy sebagai raja di hati puterinya lalu memberikan syarat terakhir kepada Fandy iaitu mempelajari ilmu IKHLAS. Kali ini Sapron sendiri tidak mampu malah sesiapa pun tidak mampu menolong Fandy melainkan hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MENGASIHI hambaNYA yang lemah. Sarah yang secara diam- diam turut menyintai Fandy tetapi dalam masa yang sama Farid yang juga terpegun dengan kecantikan Sarah (pada hal di Mesir, dia sudah mempunyai kekasih yang sudah berjanji sehidup semati dengannya) mendesak Haji Razali (pada ketika itu terbelah bahagi namun masih bertanyakan pendapat Sarah sama ada mahu menerima Farid atau tidak) supaya menerima lamarannya.Di sini sikap Haji Razali dipuji kerana dia sebagai seorang wali masih bertanyakan pendapat Sarah dan dia bersikap sungguh tolenrasi apabila Sarah memintanya supaya berlaku adil kepada sesama Muslim dimana Farid juga mesti dikenakan syarat terakhir yang dikenakan kepada Fandy.
Adakah Fandy mampu untuk melunaskan syarat Haji Razali yang terakhir? Siapakah yang bakal menjadi menantu Haji Razali, Farid (graduan akhir Cairo) atau Fandy (pemuzik yang tidak berlatarbelakangkan ajaran Islam) Siapakah antara Fandy dan Farid yang mampu menguasai ilmu IKHLAS? Semuanya terjawab apabila anda membeli VCD/ DVD “Kiamat sudah dekat” yang pada pendapat penulis sarat dengan mesej yang berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *